Kerjaya politik Manoharan Malayalam

Penglibatan di dalam HINDRAF

Beliau lebih masyhur disebabkan penglibatan beliau dengan pergerakan Hindraf, sebuah pertubuhan yang belum berdaftar di Malaysia bagi memperjuangkan nasib kaum India. Beliau merupakan seorang peguam handalan dan banyak memenangi kes-kes di Malaysia.

Penahanan ISA

Pada 13 Disember 2007, beliau telah ditahan bersama beberapa pemimpin Hindraf yang lain kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan haram di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 25 November 2007 dan membuat kenyataan menghasut menentang kerajaan Malaysia. Akhirnya pada 13 Disember 2007, beliau ditahan di bawah ISA[2]

Dikatakan ramai pihak UMNO terutama pemimpin Melayu mendesak penganjur Hindraf ditangkap di bawah ISA kerana dirasakan oleh mencetuskan rusuhan antara kaum, dan mengangap tindakan menangkap dikira agak terlambat dilakukan.

Bertanding dalam pilihan raya

M Manoharan telah mendaftarkan diri sebagai calon Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 26 Februari 2008 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor Kota Alam Shah. Ketika itu beliau masih lagi ditahan di bawah ISA oleh pihak berkuasa Malaysia kerana kesalahan mengadakan perhimpunan tanpa permit dari polis.

Dalam pilihan raya itu beliau tidak berkempen kecuali oleh para penyokongnya yang terdiri dari parti DAP, PKR dan PAS. Apabila keputusan pilihan raya diumumkan, beliau diistiharkan menang di kawasan Kota Alam Shah berikutan gelombang politik yang melanda Malaysia.

Beliau yang mewakili DAP menewaskan Ching Su Chen dari Barisan Nasional dengan majoriti 7,184 undi.

Rujukan

WikiPedia: Manoharan Malayalam http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/... http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_c... http://www.malaysiakini.com/news/103399 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.malaysiakini.com/news/125539 http://www.penangdaily.com/index.php/Nasional/peju... http://malaysiakini.com/news/176717